Saturday, 12 November 2011

Mengubah Hidup



Salam kepada semua readers...ari ni aku terasa nak mengarang atau dengan erti kata lain, aku nak meluahkan semua yg terpendam dalam kepala aku skrang ni..bialah di terjemahkan dalam bentuk penulisan sahaja..aku yg sekarang berkerja dalam sektor penerbangan di MAS sebagai Jr technician. kerja aku membaik pulih landing gear atau kekaki pesawat.mmg tu ler keje aku hari2...kadang2 bosan, dan kadang seronok...


tapi sampai bile aku nak jadi jr tech je..kadang2 aku terpikir, duduk dalam workshop je,tak berapa boleh mengembang..ye la ka, kite dok terperuk je dalam  wokshop tu..kadang2 seronok bile tgk kawan2 lain berkerja direct to aircrft yg boleh di katekan mmg leh tau setiap inchi pelosok kpal..mgkin dah nasib aku...dalam wokshop pon ok dengan aproval yg banyak, mmg boleh naik cepat, tapi tu masa zaman dulu..zaman aku ni, aku rasa dalam masa 10 tahun pon, aku tak boleh lagi nak amik aproval,...sebabnye.......ha, ni la benda yg akan mengubah aku...sebabnye, COURSE @ KURSUS..skrang ni mmg susah aku nak dapat course to meet the requirment to get the aproval..aku hanya tinggal sat\u je lagi iaitu basic airframe level 3...pastu dah boleh ready dah..tapi course tu nampaknye sangat sangat la susah nak dapat..kawan aku byg dah kerja berbelas tahun pon masih belom dapat..camne tu...haisshhhhhh...

nak di jadikan cerita, aku pon terlintas la nak bertukar arah...malas dah nak jadi jr tech..aku nak jadi Enggineer....hahahaha..cite cam gempak je kan..tapi tu la yg aku nak cite...dah lame dah aku plan nak ubah, tapi tak jadi...untuk menjadi seorang Licensed Aircraft Enggineer a.k.a LAE, kena la cukupkan 13 module..kawan aku dah selesaikan 8 module dah..siap amik exam kat UK lagi...sangkut lagi 5 je...sayang betul...duit melayang camtu je..tapi tu la pengorbanan yg perlu...masa dulu susah.Tapi sekrang, nampaknye jalan tu dah mudah..dah terbentang luas dah depan mata aku..sekarang DCA dah buat sendiri yg di namakan DCAM part 66..hanya amil di MAS je..lagi mudah..kos  pon murah..yer la..kalau nak amik exam je, hanya bayar rm100..kalau nak coaching, bayar la rm15 sehari..mmg murah dan mudah..cuma kena korbankan masa dan dut je...

kawan2 aku suma dah bersungguh dah..ni yg membuatkan aku pon turut bersemnagt lagi..restu dari mak bapak aku pon, aku dah dapat..dorang suport lagi pe yg aku nak buat..so lepas ni hidup aku akan bertukar darri tiap2 malam menonton tv bertukar malam2 membaca buku..hahahaha..nak berjaya, kena la susah dulu..tapi takpe la, bia susah sekarang,...tu je la yg aku nak kongsi..kalau ada pertanyyan, tinggalkan je di ruang komen..
bye...

Saturday, 5 November 2011

salam..kali ni aku nak kongsi skit cara macam mane nak ber blog..info ni pon aku dapat dari blogger yg lain..kire share.kredit aku letak di bawah..tujuan nak share ni adalah supaya suma bloger yg masih muda cam aku dapat tau cara camne nak menyampaikan cerita melalui blog..Lets check it out..

  • Penceritaan yang menarik
aku tahu memang susah nak karang cerita, tapi kalau tak mula dari sekarang, sampai bila pun takkan siap satu entri pun. bukan marah..hehe. senang jer citer die. tulis jer apa yang terlintas di fikiran. lama-lama nanti kita akan jadi 1 identiti dengan gaya penulisan yang tersendiri.amacam , okey ?

  • Idea ( pen & kertas )
kadangkala kita sibuk dengan benda aturan hidup setiap hari, senang jer, cuma tulis di kertas point penting & notes sedikit untuk olahan ayat seterusnya.mudah bukan? mcam MLM lak aku..hehe. Selain itu masa untuk mengupdated sesuatu entri tidak akan mengambil masa lama dan paling best, tak perlu nak pening-penin kepala. Lagi satu aku ada baca satu blog ni dlu, dia ambik waktu malam untuk tulis entri ( save dalam word )  dan keesokan hari dia tinggal post jer kat pejabat,kelas @ mana-mana jer la. ini untuk kurangkan tekanan ketika tulis blog.

  • Terkini , Terhangat di pasaran & berinformasi
rajin search kt google apa yang tengah hot stuff  sekarang macam contoh ipad,movie,song,artist,knowledge  atau apa jua yang korang rasa tengah hot skang kat pasaran.cari info kt google dan curahkan idea penulisan kt blog dengan kreatif dan beraura. bukan apa, biar orang baca terpegun dengan penulisan korang yang agak style gitu..hehe

  • Humor
bunyinya agak mudah dan senang, tapi agak sukar untuk menulis untuk orang baca ketawa,senyum ataupun gelak besar, tapi ini sebenarnya membuatkan blog korang akan terus diminati dan dikunjungi selalu.

Lastly, korang cubalah update blog korang dengan apa jua idea yang korang ada untuk terus berblog. Jangan risau, kalau bukan sekarang mungkin esok,lusa,tulat,tonggeng..hehe meraban lak...mungkin satu hari nanti nama blog korang akan feymes  dikalangan pemblogger yang otai nanti.sama-sama kita' !! cayok!cayok! cair !

kredit:  http://andragogi08.blogspot.com/

ikan kerapu besar di Miri


amik ko...besar tak besar la kerapu ni...200kg tu...ni kalau river monster dalam astro nampak ikan camni, konfem die datang miri...

sumber kosmo

Cara Mengempiskan Perut Yang Boroi”

tadi aku search jumpe la artikel ni..cam menjadi je..so pe salahnye aku share kan..at least suma leh try..cara yg sangat mudah..

(Sumber : “Ito-ken no Shokutaku” http://www.ntv.co.jp/ito-ke/ )

* Lakukan selama 3 minit sehari. Anda boleh melakukannya ketika membuat kerja-kerja yang lain.
* Yang pentingnya di sini, menghembus / meniup nafas kuat-kuat selama 5 saat.
* Beberapa orang yang melakukannya selama 2 minggu hasilnya berbeza-beza, tetapi semuanya berhasil mengecilkan perut.
* Menurut pakar, ketika kita bernafas, otot perut adalah lebih banyak digunakan ketika menghembus nafas daripada ketika menarik nafas.
* Dengan menggunakan straw yang ditutup separuh, penggunaan otot perut menjadi kan kesannya berlipat kali ganda.
Tak percaya!? Cubalah!!

soon- carbon fiber project-

Next project : Carbon Fiber Look..

meh kite stadi dulu pasal D.I.Y camne nak pasang...


Tips mengempiskan perut

 ok, hari ni aku nak share skit tips2 mengempiskan perut..al maklum la, perut akuu pon makin hari makin besar..tak kawin pon lagi, tapi dah chubby..pada sape2 yg nak try tu, elok la try sebelom terlambat..hahaha
 


A. Knee Circle


1. Baringkan diri korang dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki korang sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut korang ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh korang tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba korang tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki korang ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1
Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.




Selamat Mencuba dan selamat mengempiskan perotttt..hehehe

Sunday, 16 October 2011

Bermulanya Segalanya



         Alhamdullilah Tepat jam 9.00 pm, 16 Oct 2011 bermula la perjalanan aku sebagai blogger..sebenarnya blog aku ni dah lame aku create, cuma masih belum nak wat pape je..ni pon baru je aku nak aktifkan semuanya..Lupe plak aku nak kenal kan diri...Nama aku mohd Izzuddin Ibrahim..panggil lah aku din saje...lagi mudah..hehehe..aku ni newbie..baru je nak ceburkan diri, so kalau ada idea ke salah pape ke, gtau je ok..

       Tujuan aku bukak blog ni pon sesaje je...saje je nak mengarang...tak dapat karang novel, karang blog pon jadi la kan...blog aku ni bukan khusus untuk satu seksyen je..aku suka mempelbagai kan cite..pe je cite yg terlintas dalam fikiran aku, aku nak visualizekan dalam bentuk blog..supaya suma leh berkongsi maklumat..

      Tu je la kot untuk 1st entry aku dalam blog ni...saje je nak kenal2 kan diri..k la...wa challow dulu..hehehe