Saturday 5 November 2011

Tips mengempiskan perut

 ok, hari ni aku nak share skit tips2 mengempiskan perut..al maklum la, perut akuu pon makin hari makin besar..tak kawin pon lagi, tapi dah chubby..pada sape2 yg nak try tu, elok la try sebelom terlambat..hahaha
 


A. Knee Circle


1. Baringkan diri korang dan pastikan punggung rata di atas lantai.

2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.

3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki korang sehingga lutut berada di atas perut.

senaman knee circle 1
Senaman knee circle 1


Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.


4. Kemudian, gerakkan lutut korang ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.

5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh korang tetap menghadap ke atas.

senaman knee circle 2
Senaman knee circle 2


Pada posisi ini juga, cuba korang tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki korang ke lantai.


Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.

Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.

2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.

3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.

4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.

senaman side chop 1
Senaman side chop 1


Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.

senaman side chop 2
Senaman side chop 2



Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.




Selamat Mencuba dan selamat mengempiskan perotttt..hehehe

1 comment:

  1. yg step A tu senang nk buat..memang terasa otot kt perut tu jadi tegang..tp kena buat byk kali br berjaya tau..hehe

    ReplyDelete